ibu
terima kasih
kerana menerima ku di sini.
ibu
terima kasih
susuanmu
membina kehidupan yang bermakna kini.
ibu
terima kasih
tidurmu yang tidak lena
membentukku menjadi berguna.
ibu
terima kasih
doamu yang tidak putus
menjaga setiap petapak langkah perjalananku.
ayah
terima kasih
menerima aku di sini.
ayah
terima kasih
membanting tulang
demi sesuap nasi.
ayah
terima kasih
walau tiada kata sayang yang terluah
namun ku tahu
di hatimu ada aku.
ayah
terima kasih
risau di benak
gusar di jiwa
mendidikku agar sentiasa waspada.
ibu
ayah
kalian jangan pernah berhenti
mendoakan anakmu ini
kerana hanya itu azimat
kerana hanya itu keramat
pelindung diri agar tiada sesat.
ibu
ayah
terima kasih
tangisanmu
memberi tanda pasti
kau sayang padaku.
ibu
ayah
terima kasih.