Pages

Suria



Gerimis
Titik ringan jatuh
Menimpa berat bumi hati
Tika saat jariku menari


Hujan
Deras air mengalir
Kolam mata tak terbendung
Basah
Kala tarian jariku terhenti


Mungkin
Kerana kehilangan ini 
Mungkin
Kerana khilafku sendiri


Engkau
Sisakan yang utama
Jangan ada gerimis
Jangan ada hujan
Pastikan kau terus bercahaya
Kerana engkau
Sang suria.

rindu

yang namanya rindu itu
meriangkan

yang namanya rindu itu
menggusarkan

yang namanya rindu itu
detak jantung

yang namanya rindu itu
memori silam

yang namanya rindu itu
mengasyikkan

yang namanya rindu itu
menyesakkan

yang namanya rindu itu
tak terungkapkan.

~Mimpi Bukan Realiti~

hadirnya rindu tiada dipaksa
berantak kasih mengombak derita
sengketa mimpi mainan dunia
bagai arca bayangan dalam kaca
titis airmata yang mengalir
umpama sungai duka menghilir
mutiara kata cinta mampir
mengajar erti untuk kau fikir

depusan sang bayu senja
menggamit dingin menerpa
membias tarahan luka
membeku jiwa nan lara

kita bukannya pemimpi
melestari yang tak pasti

terima kasih cahaya
ku alpa menggapai cinta
dalam rakusan gelita

terima kasih sepi
kini ku kenal erti
mimpi bukan realiti...

Ibu, Ayah, terima kasih

ibu
terima kasih
kerana menerima ku di sini.

ibu
terima kasih
susuanmu
membina kehidupan yang bermakna kini.

ibu
terima kasih
tidurmu yang tidak lena
membentukku menjadi berguna.

ibu
terima kasih
doamu yang tidak putus
menjaga setiap petapak langkah perjalananku.

ayah
terima kasih
menerima aku di sini.

ayah
terima kasih
membanting tulang
demi sesuap nasi.

ayah
terima kasih
walau tiada kata sayang yang terluah
namun ku tahu
di hatimu ada aku.

ayah
terima kasih
risau di benak
gusar di jiwa
mendidikku agar sentiasa waspada.

ibu
ayah
kalian jangan pernah berhenti
mendoakan anakmu ini
kerana hanya itu azimat
kerana hanya itu keramat
pelindung diri agar tiada sesat.

ibu
ayah
terima kasih
tangisanmu
memberi tanda pasti
kau sayang padaku.

ibu
ayah
terima kasih.

kehilangan


aku kini menangis
engkau kini telah pergi
memberi seribu duka

lara aku kehilangan engkau
selamanya takkan melihat
hadirmu seperti dulu
aku kehilangan

aku tulus berkata
ucap terima kasih
segala pengorbanan

lara aku kehilangan engkau
selamanya takkan melihat
hadirmu seperti dulu
aku kehilangan

aku kehilangan...

apa khabar?

bingkisan kecil buat teman...

Assalamualaikum.
Bismillah~

Apa khabar hati?
Masihkah ia seperti embun?
Menunduk tawaduk di pucuk-pucuk daun...
Masihkah ia seperti batu karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian...
Dengan penuh kesabaran dan ketenangan.

Apa khabar iman?
Masihkah ia seperti bintang?
Terang benderang menerangi kehidupan...

Apa khabar, wahai sahabat?
Di mana pun dirimu berada,
Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga
Memberi kesihatan kepadamu
Hari ini
Esok
Dan selamanya...~


thanks to Shakirin@Shark, Jan 12, 8:13am

bisakah kau nyatakan?

keliling berpusing
cuba mencari
apa mungkin ada
hal yang satu
mampu merungkai segala maksud
isi hati
cerita jiwa
bicara nurani

lelah dengan kerenah
letih jerih
cungap meluap

duhai aku
bisakah kau nyatakan?
apa yang bergolak
apa yang berkocak
kacau yang melanda
karam dalam kelam
sepertinya

duhai aku
pernahkah kau
cuba meleraikan
ia yang bisa diceraikan
ia yang kalut bergelut
ia yang pulas menghempas

duhai aku
diam kau
cerita segala
diam kau
tangisi kata-kata

duhai aku
bisakah kau nyatakan?