Pages

kembalilah

teman
lihat itu
itu bunga
layu namun tak pernah bersuara

teman
lihat itu
itu bulan
malap namun tak pernah berteriakan

teman
lihat itu
itu manusia
hanya sekali jatuh
amarah mula memuncak
mula membentak
suara
teriak
dari jauh pasti dapat didengar

beza bukan?
itu tanda kekuasaan-Nya
dicipta-Nya makhluk pelbagai bentuk dan rupa
pelbagai sifat dan cara
semuanya punya cerita yang berbeza

pasti ada yang bicara
'bunga mana mungkin bersuara, bulan mana mungkin berteriakan!"
umum mengetahuinya

namun
apa yang ingin disampaikan di sini
biar apa pun yang terjadi
bunga masih bercambah di tanah yang sama
bulan masih berusaha memancarkan sinar matahari buat kita

jadi
mengapa kita sebagai manusia
kerana sekali jatuh
kekal terduduk tanpa berbuat apa-apa
baik lagi bunga yang kembali bercambah!
baik lagi bulan yang berusaha meminjam sinar matahari untuk terus bercahaya!

ayuh
sedar kembali
hidup di dunia ini
satu hal yang sangat indah
apabila manusia diberi ruang
mengejar peluang
untuk mencapai tingkat tertinggi
hidup di akhirat yang abadi

kembalilah
kembalilah
DIA sentiasa menanti...