manusia makin alpa
manusia makin leka
dunia dianggap buta
tuli tanpa suara
diinjak-injak megah
tanpa rasa rendah
menongkat langit
bagai dia yang berkuasa
hapus???
sukar untuk dihapuskan
hancur???
mana mungkin mereka mahu menghancur
andai tingkah itu
mampu menabur harta beribu
hanyut...
hanyut ke tengah lautan
ditelan angin dimamah air
hapus...
fizikalnya cuma
namun timbangan amal
tetap sama dan setara
fikir-fikirkan...