mengeluh
apa mungkin kerana keletihan
atau terbeban
dengan bermacam permasalahan
atau mungkin kerana buntu
tak tahu arah tuju
ke hilir kan kembali ke hulu
atau keliru
tak tahu memilih yang mana satu
menangis
apa mungkin kerana kesedihan
sedikit atau banyak perasaan
atau kehilangan
kesayangan hamba
atau mungkin kerana amarah
resah
gelisah
ketawa
apa mungkin kerana suka
terlalu gembira
atau kerana duka
tak pasti apa yang dirasa
kecewa?
aku bisa ketawa tika aku kecewa
pasti dibilang orang gila
teman
aku ini sekadar bercanda
maaf ya!