kelam itu dikatanya menakutkan
gelap itu dikatanya gerun mengerikan
kerna tanpa sedar
hanya kelam dan gelita
bisa memberi kerehatan minda dan jiwa
terang itu dikatanya indah
bercahaya itu dikatanya selamat dan sejahtera
kerna tanpa sedar
dalam siang cahaya
menjerumus manusia ke kancah binasa
apa pun
yang sebenarnya
manusia tidak pernah puas
segalanya yang diterima
ada sahaja yang tidak kena
syukur ada yang diucap
namun hati masih meminta-minta
Ya Allah
masukkan aku dalam golongan orang yang bersyukur
kerna ku tahu
aku sedari
neraka jahannam letaknya manusia yang kufur...